Posts

Showing posts from May, 2023

Sejarah Ikan Laga Betta

Image
Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘parental care’ mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri..Ikan betina pula tidak akan menjaga anaknya..setelah ia bertelur, ikan betina perlu diasingkan.. Di Malaysia, ikan laga turut dikenali sebagai sekila, sekilau, sepila, betta dan karin. Panggilan ini berbeza mengikut masyarakat setempat di Malaysia yang berbilang loghat. Setiap negeri ada loghatnya dan panggilan pun berbeza.  Dahulu di Malaysia, ikan laga ini hanya dimainkan oleh kanak-kanak yang biasa turun ke bendang bagi menangkap ikan-ikan laga ini. Ikan laga yang ditangkap di sawah dikenali dengan spesis imbellis yang mana mereka sangat agresif dan garang. Warna yang gelap dan metallic menarik minat pemelihara atau penangkap untuk membelanya.  Terkenal dengan n